Peristiwa penting Bhopal

Tugu peringatan terhadap mangsa-mangsa kejadian Bhopal

Satu malapetaka berlaku di Bhopal pada tahun 1984 berikutan pembocoran gas dari kilang pembuat baja. Peristiwa itu berlaku pada malam 2–3 Disember 1984 di kilang Union Carbide India Limited. Lebih daripada 500,000 orang terdedah kepada gas metil isosianat dan bahan kimia lain. Hampir 3,000 orang maut pada masa kejadian[2] dan lebih kurang 16,000 maut kemudian. Ia merupakan kemalangan perindustrian yang paling teruk di dunia.[3]